kepada pengguna talifon bimbit yg beragama islam..

11:44 PM / Posted by hafeez / comments (4)



Tolong berhati hati bila membeli phone cover kulit.

Tolong check that cover carefully. Kalau nampak 3 titik segitiga di kulit itu. Jangan beli.Itu adalah kulit babi. One of my friend beli phone cover ni di Jalan Pasar. Selepas 2 hari memakainya baru dia perasan yang kulit di bahagian dalam phone cover tu ada 3 titik segitiga. Sahih lah ianya dari kulit babi. Beliau membelinya dengan harga RM18. Beliau cuba mencari phone cover lain di KL Sentral dan terkejut, bila jurujual itu menunjukkan phone cover jenis yang sama seperti beliau beli di Jalan Pasar.

Dari situ, boleh lah kita membuat andaian bahawa, phone cover kulit babi ini dah meluas dipasaran.
Di harap kawan-kawan dapat mengelakkan diri dari membeli phone cover jenis kulit ini.... Sebar sebarkan berita ini kepada umat Islam yang lain supaya kita tidak terjebak dengan membeli barangan dari kulit Babi...

jiwa yang tenang...

9:32 PM / Posted by hafeez / comments (0)



laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru
ujana mata memandang, seluas langit terbentang.
tatkala cinta berbisik, suaranya memuji TUHAN
pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku.
Aku tak ingin kehilangan cintaMu.
Namun Engkau juga tahu,
hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk
yang Engkau ciptakan Saat ini hamba sangat lemah
berhadapan dengan daya larikan wajah dan suaranya, ya Ilahi,
berikanlah padaku cawan kesejukan untuk meletakkan embun-embun cinta
yang menitis-nitis dalam dinding hatiku ini.
ya Ilahi,tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai

“Aku masih mencium bau surga. Wanginya merasuk ke dalam sukma.
Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan
segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya
kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.”

Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah
irji’ii ilaa Rabbiki
raadhiyatan mardhiyyah
Fadkhulii fii ‘ibaadii
wadkhulii jannatii

(Hai jiwa yang tenang
Kembalilah kamu kepada Tuhanmu
dengan hati puas lagi diredhai
Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
Maka masuklah ke dalam surga-Ku.)


p/s: buku ni terbaek.... bkn buku jiwang oke..sapa yg ada ksmptan..boleh la baca yerk..sbb byk mesej tersirat disebalik buku ni..

roti canai...a.k.a rotcai....!

6:06 AM / Posted by hafeez / comments (0)


Seorang sahabat saya yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa?

Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanya
sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung. Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai.

Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak, nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia). Bila kita exercise, kita peluh. Penyakit keluar bersama peluh, itu pasal kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak.

Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Faham-faham ajelah.

jantung..

5:51 AM / Posted by hafeez / comments (0)


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan ....

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

gaza itu memanggilmu...

1:19 AM / Posted by hafeez / comments (1)

rahsia jadi ayah yang berkesan...

3:50 PM / Posted by hafeez / comments (2)

salam... urmm.. skrg tgh ujung thn kan..ramai org buat kenduri kawen..termasukla membe2 aku..sorg demi sorang nk wat kenduri...2-3 thn lagi dieorg mst akn jd bapak..insyaALLAH...so sblm kite nk jadi bapak..eloklah kite buat skit persediaan kan..mcm kte nk exm gak...asal nk exm je..mst mau hint la tips la...so same gak kalo nk jadi bapak... so kne la prepare la ek..smuge kite jadi bapak yg mithali insyaALLAH...oke..kat cni ade baper2 hint nk jadik bapak yg berkesan..


BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.
Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen 'penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.
Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadiseorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak.Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah: Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Enam rahsia menjadi ayah yang berkesan.
Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai 'kebapaan' ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:

1 Bapa yang komited dan bertanggungjawab.
Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka. Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah. Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan 'hadiah' atau 'anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

2 Kenali anak anda.
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai,ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada merekal Istiqamah (tetap pendirian) . Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi,istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); Kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dandiikuti.

3 Melindungi, menyara dan mendoakan.
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya 'mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

4 Mencintai ibu mereka.
Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan 'keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak. Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormatmenghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

5 Menjadi pendengar yang baik.
Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka 'berhak' untuk didengari dan diberi perhatian.

6 Jadikan diri anda 'pemimpin' kerohanian.
Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan 'keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit

RM1 dan RM50

5:41 PM / Posted by hafeez / comments (2)



Sekadar renungan……………………

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.. kedai nset..kedai kerete...butik-butik mewah.... tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"


p/s: bilakah kali terakhir kita bersedekah kat masjid?
tepuk dada..tanya iman...

Labels: