hari-hari yang mendatang...

7:35 PM / Posted by hafeez /


hakikat pernikahan... ni aku dpt dr emel..so yg sajerk je buh kat blog ni.. smntra nga busan nie..kurang2 ade gak aku kongsi ngan angpa suma kan..baek yg da kawen ataw pon yg lom kawen...
mcm ustaz asri kate..antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterusnya pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya.

Apatah jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan.


Hakikat pernikahan..........renungkanlah

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari
hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah
pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI
HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA
melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah
tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

0 comments:

Post a Comment